Hala Tuju Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Era Semasa & Masa Depan Terhadap Pembangunan Insan Dan Negara
5 Aspirasi
Sistem Pendidikan Malaysia |
1. |
Akses
Pendidikan |
2. |
Ekuiti
Pendidikan |
3. |
Kualiti
Pendidikan |
4. |
Perpaduan |
5. |
Kecekapan
Sistem |
1. Akses
Pendidikan
Ø Memastikan
anak-anak di Malaysia mendapat hak pendidikan yang sama rata dan mengurangkan
jurang perbezaan di dalam sistem pendidikan.
2. Ekuiti
Pendidikan
Ø Mengurangkan
jurang pendapatan, sosioekonomi, dan gender dalam kalangan pelajar di bandar
dan di luar bandar.
Sebagai
contoh; Jurang gender di antara pelajar perempuan dan lelaki.
Ø Bagi memastikan pembangunan insan dan negara dapat dicapai, guru-guru haruslah melaksanakan pedagogi yang lebih kreatif dan inovasi.
Ø Kerajaan
juga perlu memainkan peranan dengan mengadakan ceramah di sekolah untuk
menggalakkan pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian
tinggi.
Ø Bagi ekuiti yang membabitkan jurang pendapatan dan sosioekonomi, kerajaan telah mengambil lebih ramai lagi pelajar dari golongan B40 untuk dimasukkan ke dalam Sekolah Berasrama Penuh(SBP).
Ø Ekuiti pendidikan membolehkan pelajar-pelajar yang
kurang berkemampuan juga berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan untuk
meningkatkan daya berfikir bagi membangunkan potensi diri.
Ø Potensi diri yang dimiliki akan menjadi penyumbang
dalam membantu memacu pembangunan negara.
3. Kualiti
Pendidikan
Ø Melonjakkan
pencapaian negara dalam kelompok teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti
TIMSS dan PISA dalam masa 15 tahun.
Trends in International Mathematics
and Science Study (TIMSS) |
Programme International Student
Assessment (PISA) |
v Diadakan
bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan
Sains. |
v Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun
terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. |
Ø Menghasilkan pendidikan bertaraf dunia.
Ø Keadaan ini seterusnya dapat meningkatkan mutu modal
insan untuk memajukan sektor perindustrian negara.
Ø Kualiti pendidikan yang baik akan menghasilkan
pendidikan di Malaysia yang bertaraf dunia dan setanding dengan negara-negara
lain.
4. Perpaduan
Ø Menerima,
menghormati, dan menghargai nilai, budaya, dan pengalaman dari pelbagai kaum
dan etnik dapat diterapkan kepada pelajar.
Ø Pendidikan
menjadi ‘alat’ membentuk perpaduan kaum bagi memastikan keamanan negara yang
dihuni oleh pelbagai kaum yang seterusnya dapat bersama-sama berganding bahu
memajukan negara.
5. Kecekapan
Sistem
Ø Kecekapan
sistem pendidikan bagi memastikan keberhasilan guru dan kemenjadian
pelajar-pelajar pada masa kini.
Ø Kecekapan
penyampaian, kawalan dan pengurusan menentukan keberhasilan pendidikan.
Ø Penyediaan
pengajaran guru yang cekap menerusi latihan guru yang profesional dapat
melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti.
Ø Pelajar
yang berkualiti seterusnya akan menjadi modal insan atau tenaga kerja yang akan
menyumbang kepada pembangunan
negara.
RUJUKAN
Zaini Abdullah. (2020). Modul
perkembangan pendidikan di Malaysia falsafah dan dasar. Malaysia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Petah Wazzan
Iskandar. (2019, November 30). Akses, ekuiti tema penting pendidikan negara. Berita Harian Online. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/633437/akses-ekuiti-tema-penting-pendidikan-negara
Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pengenalan kepada Programme International Student Assessment(PISA). Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/images/kpm/Arkib/PISA2015/Ringkasan%20Eksekutif %20Pengenalan%20PISA%202015.pdf
Sekian….TERIMA KASIH ; )
Hasil kerja:
-IZAL BIN BAHARUDDIN -
-D20201094318-
Comments
Post a Comment