ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA PENJAJAHAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA
DEFINISI PENDIDIKAN
Menurut
Aas Siti Sholichah (2018), secara bahasa definisi pendidikan mengandung arti
bimbingan yang dilakukan oleh seseorang (orang dewasa) kepada anak-anak, untuk
memberikan pengajaran, perbaikan moral dan melatih intelektual. Pendidikan
merupakan pemangkin terhadap kehidupan manusia yang lebih sejahtera ke arah peningkatan
hidup yang lebih sempurna, kebijaksanaan pengurusan dalam pengendalian ekonomi
keluarga, kewibawaan dalam hubungan sesama manusia serta keseimbangan diri dari
segi fizikal, mental dan spiritual (Samruhaizad Samian @ Samion dan Azahan
Awang, 2017).
PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA PENJAJAHAN
Perkembangan
pendidikan era penjajahan ini berlaku dari tahun 1511 hinga ke tahun 1957.
Pendidikan ini dikembangkan bertujuan untuk mengekalkan cengkaman kuasa,
penyebaran agama Kristian dan penguasaan ekonomi. Dalam pendidikan ini telah
menerapkan ideologi termasuklah leberalisasi, polarisasi, isolisasi dan
dualisme. Penjajah pada masa ini juga ingin mengagung budaya dan warisannya.
Pendidikan pada masa ini telah membentuk sekolah vernakular atau sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda seperti sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah
Cina dan juga India. Tambahan lagi, sekolah, kurikulum, peperiksaan dan
guru-guru adalah berbeza. Rajah tersebut menunjukkan hala tuju pendidikan era
penjajahan Inggeris.
HALA
TUJU PENDIDIKAN ERA PENJAJAHAN INGGERIS
Matlamat
Pendidikan
Matlamat
bagi pendidikan era penjajahan ini adalah mengukuhkan ‘Dasar pecah dan
perintah’ bagi membolehkan Inggeris terus mengekalkan kuasa, menguasai ekonomi
dan meluaskan penyebaran agama Kristian. Dasar pendidikan British bukan
bertujuan untuk mengangkat martabat penduduk, tetapi sekadar memenuhi
‘tanggungjawab sosial’ yang paling minimum (2009).
Jenis
Pendidikan
Institusi
Pada
era penjajahan Inggeris, sekolah vernakular (sekolah yang menggunakan bahasa
ibunda) diwujudkan seperti sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah pondok dan
sekolah vernakular bagi kaum Cina dan India. Pembentukan sekolah Cina di Malaya
oleh komuniti Cina hanya bermula pada tahun 1829 apabila orang-orang Cina telah
dibawa masuk ke Tanah Melayu secara beramai-ramai oleh British untuk bekerja di
lombong-lombong bijih timah di Perak dan Selangor (Nur Atiqah dan Ong P. L,
2017). Perkembangan sekolah vernakular Tamil sebenarnya bermula semasa
perkembangan ladang getah, kelapa, kopi dan tebu di mana ramai buruh di ambil
bekerja di ladang-ladang tersebut (Nur Atiqah dan Ong P. L, 2017).
Kurikulum
Selain
itu, kurikulum dalam pendidikan era penjajahan Inggeris ini adalah berbeza.
Bagi sekolah Melayu, ianya menekankan pelajaran Membaca, Mengarang, Ejaan,
Menulis, Ilmu kira-kira, Ilmu alam, Latihan Jasmani dan Kemahiran Hidup
(perkebunan, penternakan dan pertukangan). Bagi sekolah Inggeris pula ianya
menyediakan pelajaran untuk peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate.
Tambahan lagi, ianya menawarkan mata pelajaran Sains, Ilmu Alam, Pendidikan
Jasmani, Bahasa Inggeris, Sejarah Eropah dan Matematik. Akhir sekali adalah
bagi sekolah Cina, kurikulum yang dijalankan ialah Hafalan Klasik Lama, Ilmu
Hisab, Lukisan, Nyanyian, Latihan Jasmani, Sejarah, Ilmu Alam dan Moral.
Kerajaan Manchu mula memberi bantuan kewangan kepada pendidikan orang Cina di
Tanah Melayu untuk menyebarkan ideologi kepada pelajar-pelajar.
Bagi pembangunan insan, kurikulum jenis ini dapat mengubah sistem pendidikan tradisional. Perubahan yang amat ketara berlaku apabila Inggeris mula menguasai negeri-negeri Melayu. Bagi pembangunan negara pula ianya mengakibatkan pihak Inggeris telah membuat beberapa laporan termasuklah Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952) dan Laporan Razak (1956) disebabkan wujudnya sekolah vernakular. Keadaan ini menyebabkan sektor pekerjaan bagi penduduk adalah berbeza disebabkan aliran mereka yang berbeza. Jika kurikulum ini diteruskan, kemajuan negara memang tidak dapat dicapai kerana tiada kesatupaduan dalam masyarakat.
Kerajaan
Manchu
KESIMPULAN
Sebagai
rumusan, pendidikan era penjajahan yang bermula dari tahun 1511 sememangnya
mengukuhkan kuasa ekonomi, politik, sosial dan agama. Dari aspek metafizik,
kedatadangan penjajah ini adalah menghakis kuasa mutlak pribumi. Penjajah
mewujudkan undang-undang sendiri untuk mengekalkan kuasa mereka dan
mengagungkan budaya dan warisan mereka sendiri serta fahaman mereka adalah
material.
Dari aspek epistemologi pula,
pendidikan adalah berpelbagai jenis termasuklah dualisme pendidikan,
liberalisasi pendidikan, indoktrinasi pendidikan, deskriminasi pendidikan,
polarisasi pendidikan, isolisasi pendidikan, ideologi pendidikan, pendidikan
formal dan pendidikan vernakular.
Dari aspek aksiologi, penjajah
mengagungkan tamadun barat. Nilai pula berbentuk subjektif dan mempunyai
pelbagai budaya. Status sosial adalah berbeza dan mengalami perubahan landskap
budaya masyarakat.
Pendidikan era penjajahan ini telah meninggalkan kesan terhadap pembangunan insan dan negara. Kesannya, sehingga tahun 1956, Ordinan 1952 tidak menghasilkan perubahan yang besar kepada pembangunan insan dan negara kerana ia tidak memberikan kepuasan kepada semua pihak. Manakala, kaum Cina terus menguruskan pendidikan mereka sendiri tanpa campur tangan kerajaan dan struktur persekolahan Melayu tinggal seperti sediakala.
Rujukan
Aas Siti Sholichah. (2018). Teori-Teori Pendidikan Dalam Al-Qur’an. Jurnal Pendidikan Islam,
7(1). DOI: https://core.ac.uk/download/pdf/267897122.pdf
Thukiman, Kassim & Mohd. Nasir Zaliza. (2009). Aspek pendidikan dalam hubungan etnik. In:
Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. UTM Press, Skudai, Johor.
Ms 155-184. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/14766/
Mohd Faris Dziauddin, Nasir Nayan & Kamarul Ismail. (2016). Mengukur perubahan segregasi kaum
di Malaysia menggunakan Indeks Entropi dan Sistem Maklumat Geografi (GIS): Kajian kes Negeri Perak bagi
tempoh 1991-2000. Malaysian Journal of Society and Space, 12(4), 12 – 25.
DOI: http://www.ukm.my/geografia/images/upload/2x.geografia-mac16-mohdfaris-edam1.pdf
Nur Atiqah Tang & Ong P.L. (2017). Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia.
Institut Kajian Etnik (KITA), UKM. Diperoleh daripada https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/5.Manuskrip-ICIP.Dr-Atiqah-_-Prof-Ong-B.pdf
Samruhaizad Samian @ Samion & Azahan Awang. (2017). Pendidikan Sebagai Komponen Kualiti Hidup Masyarakat Pinggir Bandar. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 1(1), 267- 280. DOI: http://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/viewFile/26/47
Hasil kerja:
- Amenda Alannie Anak Ambrose Luta (D20201094316)-
Comments
Post a Comment