ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA PASCA MERDEKA TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA.
Perkembangan Pendidikan Malaysia
Pendidikan di Malaysia bermula dari Era Masyarakat
Melayu Tradisional iaitu sebelum Portugal menjajah Tanah Melayu pada tahun 1511
yang mempelajari tentang falsafah hidup dan ketuhanan. Pendidikan pada era ini bertumpu terhadap
perbezaan gender dan status sosial dalam masyarakat serta perkembangan
pendidikan agama Islam. Pendidikan kemudiannya berkembang pada era penjajahan
kuasa asing iaitu pada tahun 1511 iaitu pendidikan untuk mengukuhkan Dasar
Pecah dan Perintah yang dilaksanakan oleh British. Dasar ini hanya membenarkan
sekolah rendah dan sekolah menengah didirikan serta bahasa pengantar untuk
sekolah-sekolah tersebut adalah bahasa Inggeris. Kurikulum untuk dasar ini
adalah terhad iaitu keupayaan menguasai kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan
Mengira). Kemahiran ini dilaksanakan untuk memahami Kesusasteraan Inggeris,
Ilmu Alam, Sejarah, Ilmu Kesihatan dan menguasai Ilmu Hisab (Geometri dan
Algebra). Kemudiannya, pendidikan berkembang semasa era pasca merdeka yang
lebih tertumpu kepada penyatuan semua kaum menerusi sistem pendidikan dan
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama
dalam sistem pendidikan. Oleh itu, pendidikan era pasca merdeka adalah lebih
kepada pendidikan untuk pengeratan perpaduan kaum yang berupaya memajukan
negara. Namun persoalannya, bagaimanakah perkembangan pendidikan Malaysia
memberi kesan terhadap pembangunan insan dan negara? Isu ini yang akan kita
bincangkan dengan lebih lanjut dan mendalam dalam esei ini.
Reformasi
Struktur Pendidikan.
Era
pendidikan sebelum merdeka wujud 5 jenis sekolah terasing iaitu sekolah Melayu,
sekolah Cina, Sekolah India, Sekolah Inggeris dan sekolah agama yang mempunyai
sukatan pelajaran yang berbeza mengikut sekolah. Namun semasa era pasca
merdeka, reformasi struktur pendidikan telah dilakukan menurut Kementerian
Pelajaran Malaysia (2012) iaitu pendidikan asas selama 9 tahun kemudiannya
diwajibkan selama 11 tahun (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988), bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar, kukurikulum berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah, sekolah kemahiran diperluaskan, agama Islam dan pendidikan Moral
diajar untuk meningkatkan kerohanian, moral dan displin. Penerapan nilai
keagamaan dalam nilai masyarakat dapat ditingkatkan melalui pengajaran
pendidikan Moral dan agama Islam. Penerapan nilai keagamaan dapat meningkatkan
moral dan etika dalam diri seseorang yang membentuk akhlak seseorang. Menurut Roslan Mohamad dan Siti Aisyah (n.d) mengatakan bahawa
pembangunan akhlak menjadi kejayaan terbesar kepada pembangunan insan kerana
merupakan titik penting untuk memacu dan membina tamadun manusia. Reformasi
struktur pendidikan telah menjadikan pendidikan di negara kita bertaraf dunia
kerana pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif yang
berupaya menjadi tenaga buruh yang dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan
negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Hal ini dikatakan kerana
pendidikan yang bertaraf dunia merupakan pendidikan yang membolehkan negara
kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara lain dalam
melahirkan insan yang bersepadu, holistik serta komprehensif.
(Sebelum)
Pendidikan sebelum Kemerdekaan iaitu Sekolah Cina di Tanah Melayu
(Selepas)
Pendidikan selepas Merdeka
Latihan
Guru Dipertingkatkan
Perkembangan
pendidikan era pasca merdeka adalah guru diberi banyak latihan yang boleh
memantapkan prestasi guru dalam mendidik anak muridnya. Pada era Sebelum
Merdeka dan Era Pasca Merdeka, era sebelum merdeka guru-guru banyak diimport
dari negara British untuk sekolah Inggeris manakala sekolah Melayu terdiri dari
imam masjid (Zaini, 2020). Semasa era
pasca merdeka, guru diberikan latihan intensif dengan mewajibkan guru-guru
mendapat kelulusan dalam Bahasa Melayu barulah mereka dapat menjadi guru. Hal
ini kerana guru harus menggunakan Bahasa Melayu untuk menerapkan bahasa
kebangsaan dalam diri murid supaya mereka dapat menjadi insan yang berkualiti
tinggi serta fasih dalam Bahasa Melayu. Kemudiannya, pendidikan guru
diperkukuhkan lagi menurut Akta Pendidikan (1996) untuk membolehkan Kementerian
Pendidikan mengadakan program pendidikan guru di peringkat sijil, diploma dan
ijazah. Melalui latihan ini, guru dapat dilatih untuk menjadi contoh modal
insan yang telah dibentuk menjadi acuan yang dikehendaki oleh guru-gurunya. Di
samping itu, latihan yang diberikan juga dapat meningkatkan kemahiran guru
dalam kelas kerana mempunyai kelayakan yang boleh menghasilkan murid atau modal
insan yang berkualiti tinggi dan mampu bersaing dengan negara luar. Murid-murid
yang berkualiti tinggi inilah merupakan modal insan yang mampu melakar nama
baik Malaysia di persada antarabangsa dan mampu meningkatkan pembangunan
negara. Hal ini kerana pendidikan yang berkualiti tinggi menunjukkan sesebuah
negara dengan negara luar bahawa mereka mampu menghasilkan modal insan yang
elit dari segi pelajarannya melalui pendidikan yang diberikan oleh guru-guru.
(Sebelum)
Guru-guru yang mengajar di sekolah vernakular cina
(Selepas)
Guru-guru yang mengajar di sekolah mendapat latihan yang melayakkannya menjadi
guru
Sukatan
Kurikulum dan Peperiksaan yang sama
Sukatan
kurikulum dan peperiksaan yang sama adalah penting dan wajib digunakan kepada
semua jenis dan kategori sekolah seragam dengan kehendak negara. Hal ini
dikatakan demikian untuk mewujudkan sebuah identiti pendidikan yang
mencerminkan perpaduan rakyat dalam negara Malaysia (Nur Atiqah & Ong.L.P,
2017). Sukatan kukurikulum yang sama di sini bermaksud perkara-perkara seperti
sosio-budaya, keperluan, ekonomi dan lain-lain dimasukan dalam pembelajaran
murid agar kualiti pendidikan dapat disampaikan kepada murid-murid dengan lebih
berkesan. Kemudiannya, murid akan diuji kefahaman sukatan pelajaran yang
dipelajari melalui peperiksaan awam iaitu SPM untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar
ini faham akan sukatan pelajaran yang ditetapkan. Kukurikulum yang diajar ini
juga mampu melahirkan murid yang berkeyakinan dan mampu menghadapi cabaran dan
rintangan dalam kehidupan dengan mengaplikasikan sukatan pelajaran yang
dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Secara tidak langsung, pembangunan
insan dibina dalam diri pelajar menerusi sukatan pelajaran yang diajar oleh
guru kerana sukatan pelajaran ini mengandungi nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab, amanah, toleransi, berdikari dan lain-lain dalam membentuk
pelajar yang mempunyai akhlak yang baik. Selain daripada itu, pembangunan
negara juga dapat ditingkatkan kerana pelajar telah diberikan pendidikan
percuma supaya semua murid mendapat tahap pendidikan yang sama rata walaupun
mereka adalah pelajar yang berasal dari kawasan pendalaman.
Aliran
yang Pelbagai
Aliran
sekolah pada tahun 70an mempunyai 4 aliran sekolah iaitu Melayu, Inggeris, Cina
dan Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua untuk meningkatkan
pembangunan negara iaitu ditulis pada Kementerian Pelajaran Malaysia (2012).
Kemudiannya, sekolah teknik dan vokasional dibangunkan untuk melahirkan pelajar
sederhana dalam akademik memilih bidang kemahiran diminati mengikut
kecenderungan murid. Hal ini dapat meningkatkan pembangunan negara kerana
kursus kemahiran di sekolah vokasional dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang
boleh menjadi tenaga buruh yang dapat menyumbang tenaga dalam pembangunan
negara. Di samping itu, sekolah pendidikan khas untuk murid dibuka agar semua
lapisan masyarakat mendapat pendidikan yang dapat sepatutnya agar mereka tidak
ketinggalan dengan murid-murid yang lain.
Bahasa
Melayu atau Bahasa Kebangsaan sebagai penghantar.
Bahasa
Melayu merupakan matapelajaran yang wajib dipelajari yang bertujuan untuk melengkapkan
murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi dengan rakan-rakan yang
lain. Semasa era pasca merdeka, Bahasa Melayu memang ditekankan untuk
mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu digunakan dalam semua aliran sekolah kerana
bahasa tersebut dapat mewujudkan perpaduan dalam diri masyarakat kerana
diterapkan dalam diri pelajar dari mereka kecil lagi. Hal ini kerana kemahiran
Bahasa Melayu dapat membantu murid untuk menggunakan Bahasa Melayu secara
berkesan dalam kehidupan harian dan untuk pembelajaran seumur hidup seperti
dalam pergaulan seharian, meningkatkan komunikasi antara sesama masyarakat dan
mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Di samping itu , penggunaan
Bahasa Melayu dapat melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi
emosi, jasmani, rohani dan intelek pelajar untuk menguasai sesuatu perkara yang
diajar dengan mudah. Penerapan Bahasa Melayu dalam diri masyarakat akan
menyebabkan masyarakat dapat berkomunilasi antara satu sama lain tanpa
menimbulkan salah faham antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan
dapat dieratkan melalui penerapan Bahasa Melayu dalam diri masyarakat dan boleh
menyumbang kepada pembangunan negara kerana tiada perselisihan faham berlaku
antara masyarakat akibat perbezaan bahasa yang digunakan oleh masyarakat. Oleh
itu, kesatuan masyarakat boleh dicapai dan menyumbang kepada pembangunan
negara.
Kesimpulannya,
pendidikan memang tidak di sangkal lagi memang mempengaruhi pembangunan insan
dan negara. Oleh itu, perkembangan pendidikan dari era melayu tradisional
kepada era penjajahan dan seterusnya era pasca merdeka memang membawa banyak
perubahan pembangunan insan dan negara. Hal ini dipengaruhi oleh sistem
pendidikan yang telah distruktur semula untuk meningkatkan tahap pendidikan
dalam negara kita agar negara kita dapat melayakkan diri untuk bersaing dengan
negara luar berdasarkan pendidikan negara kita. Pendidikan merupakan elemen
yang sangat penting dalam menentukan hala tuju negara kerana mempunyai kaedah
yang berkesan bagi membentuk minda, jiwa serta rohani untuk membentuk sebuah
masyarakat yang seimbang dari segi agama, pendidikan dan kehidupan seharian
mereka.
Rujukan
Kementerian
Pelajaran Malaysia. (1988). Laporan Jawatanuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan
Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian
Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga
Penyelidikan Undang- Undang. (2013). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550: Peraturan-peraturan
& kaedah-kaedah terpilih). Petaling Jaya: International Law.
Nur
Atiqah Tang Abdullah & Ong.P.L. (n.d). Latar Belakang Sejarah Sistem
Pendidikan dan Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia. Unpublished
manuscript, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Retrieved December 11, 2020, from
https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/5.Manuskrip-ICIP.Dr-Atiqah-_-Prof-Ong-B.pdf.
Roslan
Mohamed & Siti Aisyah (n.d) Pembangunan Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan
Berteraskan Pembangunan Insan. Akademi Pengajian Islam Unversiti Malaya.
Available at http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad.pdf (Accessed: 11
December 2020)
Zaini
Abdullah. (2020). Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan
Dasar. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hasil kerja:- Edlyn Angie Anak Silamat (D20201094317)-
Comments
Post a Comment